
26 Ogos 2026 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu hari ini berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah keseluruhan RM1,753,000.00 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Majlis disaksikan oleh YB Dato' Haji Mohd Azmi Mohamad Daham (Setiausaha Kerajaan Terengganu), YBM Prof. Dr. Syed Hadzrullathfi Syed Omar (Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Terengganu), YBhg. Dato’ Nara Setia (Yang Dipertua MAIDAM) serta YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM).
Serahan zakat perniagaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diwakili oleh En. Badrulhisyam Fauzi (Chief Financial Officer), Haji Mohd Zaidi Mat Zain (Head Corporate Affairs) dan Zillatulikrom Tamat (General Manager - Retail & Stakeholders-Terengganu).
MAIDAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terus menunaikan zakat perniagaan melalui MAIDAM. Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkatan rezeki serta terus memperkukuh usaha membantu dan memperkasa golongan asnaf di negeri Terengganu.